Hello ! You're strumble upon slave of Him. Follow me and Stay Enjoy :)│FollowDashboard
Slave of Him,Allah




Do you want to know all about Me? Just Click all the Icon at the top. Syukran kasiiran





Senyuman yang masih terpahat di hati
Thursday 19 June 2014 | 12:00:00 pm | 0 Beautiful Princess

Assalamualaikum wbt.
Allah . Alhamdulillah , akhirnya kesempatan juga nak taip-taip dalam blog ni.
Hampir setengah tahun tinggalkan dunia blog . Tak da kesempatan nak menaip .
Kali ni terasa sangat-sangat nak menaip bila dah mula buka lappy .
Pejam celik pejam celik ye rasa sekejapnya dah di pertengahan tahun .
Dan tinggal lagi berapa hari berapa detik berapa saat je nak menjelma bulan yang Mulia.
Aina pun tak lama lagi dah nak grad . Allah sekejapnya rasa dan nak 2015 .
Rasa baru sahaja memasuki alam kolej . cepatnya masa berlalu .
Hmm . Dalam tempoh sepi menyepi ni , macam-macam masalah yang hadir 
sampai rasa tak tertanggung dek hati nak hadapinya . 
Ya luaran memang sangat gembira . kerana apa ?
Kerana tidak ingin dengan segala rasa yang menyakitkan hati buat hari-hari
tidak ceria . bak kata pepatah "do not let the stupid things break your happiness".
Tapi pecah jugak kebahagiaan bila sampai satu tahap tak termampu nak pendam lama-lama.
Allah , rasa longlai lutut bila rasa tak termampu nak berdiri seteguhnya dengan 
dua kaki yang jauh melangkah ni . Tapi sampai satu detik , hati kata .
Aina , redha lah dengan semua yang jadi . Allah uji hati kau kerana Dia 
rindukan segala tangisan kau padaNya . Bukan kerana tak sayang ,
bukan Dia tak tahu betapa remuknya hati kau sayang , tapi Dia tahu 
hati kau sangat tabah untuk hadapi segala ni dengan senyuman yang kau pamerkan
pada semua orang . Ya , menitik air mata bila teringat kisah tentangnya .
Allah , aku tahu aku tak mampu nak jaga dia dengan segala kudratku ,
maka aku minta pada Engkau untuk menjaga dia demi kebahagiaan dia .
Saat berapa kali jatuh , Ibu Ayah lah penguat semangat yang aina punya dari dulu .
Mereka lah cinta yang sangat suci dalam hati sehingga diri ini kembali
kuat untuk bertatih dalam dunia yang serba serbi penuh dengan dugaan .
Saat teman-teman mengelilingi hati menghulurkan rasa separuh semangat
demi temannya , saat itulah aku mula bersyukur kerana masih berpeluang untuk 
merasai kasih sayang dari mereka . Allah , kekalkan rasa kekuatan ini untuk selamanya . 
Tabahkan hati aku dengan segala ujianMu . Terima kasih Ya Rabb untuk semua kekuatan
 yang Kau kirmkan , ibu ayah , teman-teman dan sahabat yang tak henti-henti beri kata 
"sabarlah" . 

♥Thanks For Reading.Later Come Back. Truly: نور عينا شاميمياي ♥

OLDER POST | NEWER POST